:D

Thursday, November 26

 "I know you will never read this but it's okay I'm writing this because I love to. May the memories last forever, awak "

It’s a storyline between you and me.

2005

Alamakkkk! Takkan dah kantoi kot? Aifa berjalan mundar-mandir dihadapan Zara. 

"Kenapa ni sayang? Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Apa yang Aifa risaukan ni?" Zara yang duduk di katil mula pening melihat gelagat Aifa yang hampir sepuluh minit mengukur bilik, mundar mandir dengan muka yang tidak dapat dipastikan, takut ada, marah ada, risau ada. Satu kombinasi perasaan yang mantap! 

Aifa menoleh kepada Zara sambil terus melangkah ke katil. " Aifa risauuuuuu sangat, sangat, sangat! "ujarnya seraya duduk dihadapan Zara. " Aifa rasa, Addin dengan Reen dah tahu lah Putri Ain tu siapa", sambung Aifa lagi dengan muka monyok.

" What ? Ye ke dah tahu? Mana Aifa tahu yang diorang dah tahu? " Zara membetulkan duduknya. Terkejut mendengar berita yang disampaikan adiknya. Dua bulan segala perancangan mereka berjalan lancar takkan hari ini sudah terbongkar? Cepat sangat ni, ingatkan dalam setahun boleh bertahan. Zara bermonolog sendiri.

" Ni semua sebab Wan poyo! Kalau dia ni tak busybody hal orang, rahsia ni takkan bocor punya. Aifa rasa nak sorok je sikat kat poket dia tu biar merana, sikat untuk dia control macho tu hilang!" Aifa rasa geram. Ditonyoh-tonyoh teddy bear ditangannya tanda geram level ke 10!

" Nak buat macam mana lagi dah terbongkar. Aifa terus terang ajelah dengan diorang, kan senang " Zara memberikan jalan penyelesaian yang terbaik buat adiknya. Aifa diam. Terhenti aktiviti menonyoh teddy bear tadi. Perlahan-lahan Aifa memejamkan mata, cuba untuk bertenang.

" Aifa takut ea kalau benda ni dah kantoi, Addin terus reject Aifa? Macam tu? " Zara cuba serkap jarang dalam kesenyapan Aifa. 

" Tak best dahlah kalau rahsia terbongkar nanti. Too mainstream lah cerita cinta macam tu, kenal dengan kawan sekelas. Macam tu je? Takde yang woww!" Aifa bersuara dengan mata terpejam. Zara terkedu. Cehhh! Nak wow jugak, ingat boleh ye write your own storyline biar kasi wow, wow?

" Takpelah, Aifa tidur dulu, mengantuk ni esok Aifa terus terang lah kat Addin dengan Reen. Huh! Awal sangat! “ Aifa menarik selimut, menutup mata dan terus memusing badan membelakangkan Zara.

Zara menggeleng kepala. Macam tu je? Ingatkan dah sampai tahap kesukaran tertinggi dah tadi serabut sampai sepuluh minit ukur bilik. Zara tersenyum melihat adiknya, Ann Aifaa. Seorang yang kelihatan lembut luarannya, tapi di dalamnya kuat. Seorang yang kelihatan agak pendiam tapi sebenarnya bersifat ‘gila-gila’. Bersama Aifa, Zara turut jadi ‘gila-gila’. Zara tersenyum lagi, Aifa semakin membesar. Kini Ann Aifaa sudah mula berperasaan sesuatu pada seseorang.

Sewaktu Aifa menyatakan bahawa dia meminati seorang jejaka di sekolahnya, Zara agak terkejut dan menyangka Aifa sekadar berjenaka. HAHA! Suatu petang, Aifa melonjak riang sebabnya, dia berjaya mendapatkan nombor lelaki tersebut. Addin Affendi!
.   .   .   .   .

“ Kak Zaraaaaaaaaa!” Aifa duduk sambil menjerit memanggil Zara. Senyumannya meleret-leret. Di tangannya ada sehelai kertas pink yang tercatat nombor padanya.

“ Aifa ni kenapa? Jerit kuat sangat ni? “ Zara yang baru turun dari tingkat atas mencubit pipi Aifa yang kemerah-merahan akibat mentari yang semakin membahang diluar.

“ Kak Ara, Aifa ni comel sangat ye?” Aifa menggosok pipinya yang dicubit Zara. Zara tertawa.

“ Bukan sebab comel, tapi sebab bising sangat!” Zara menjawab seraya mengambil tempat di sebelah Aifa. Kertas pink yang dipegang Aifa menarik perhatiannya. “ Nombor telefon ke tu?”

“ Taklah. Ini kod peti simpanan Aifa “ Aifa tersengih. Zara mencebik. HAHA!

“ Ni kannn, nombor telefon Addin lah Kak Ara! Aifaa dah dapat!” Aifa menyambung lagi.

“ Aifa dapat dari mana?”

“ HAA.. yang tu tak penting. Yang penting sekarang, Kak Ara kena tolong Aifa!”. Bermula saat itu, Zara mula membantu Aifa dalam memenangi hati seorang jejaka bernama Addin Affendi. Misi utama adalah untuk tidak mendedahkan identiti sebenar. Addin tak boleh tahu yang bahawasanya Ann Aifaa rakan sekelasnya yang cuba meluahkan perasaan kepadanya. Oleh sebab itu, sebuah nama rekaan beserta identiti rekaan telah pun dicipta Zara untuk memastikan plan itu berjaya.

Putri Ain.

Itu lah identiti yang digunakan Aifa sepanjang menjalankan misi memikat hati jejaka idamannya melalui sistem pesanan ringkas. Aifa hanya menghubungi Addin melalui sistem pesanan ringkas.

Semenjak itu, Putri Ain sering menjadi bualan rakan sekolah Aifa. Addin dan rakan karibnya Reen menjalankan aktiviti mengesan dan mencari siapakah orang disebalik nama Putri Ain ini. Aifa seringkali terdengar Addin dan Reen berbual mengenai Putri Aifa di kelas.

“ Ain masih contact kau lagi ke? “ Reen bersuara. Aifa yang duduk tidak jauh dari mereka cuba memasang telinga. Seolah-olah kabel antena bersambung dengan telinganya.

“ Masih lagi. Siapa agaknya dia ni ye. Aku yakin sangat dia budak sekolah ni jugak!” berdebar Aifa mendengar jawapan Addin. Yelahh, Addin takkanlah bodoh sangat nak percaya cerita aku tu kan. Aifa senyum pahit. HAHA!

No comments: