:D

Monday, December 5

2016 semakin hampir kepenghujung. beberapa hari lagi 2017 akan menyusul tiba. aifaa menongkat bahu sambil membuang pandangannya ke luar jendela. suasana pagi itu mendamaikan perasaannya. kedengaran bunyi burung berkicau riang. matahari pun bersinar indah tidak terlalu panas namun kehangatannya menenteramkan.

sesekali aifaa tersenyum kecil. mengingati satu demi satu peristiwa sepanjang dua tahun belakangan ini. benarlah setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. aifaa yakin itu. bagaikan tayangan filem kenangan itu terlayar kembali dilayar ingatannya.

" cukuplah aifaa. masanya untuk kau berhenti bersedih dan bangkit semula. buang masa kau bersedih macam ni. " 

" lepas satu, satu, Allah dah tunjuk aifaa. kenapa kau masih berkeras untuk tunggu? untuk pertahankan sedangkan dia dah lama buang kau aifaa?"

tidak putus-putus nasihat daripada kawan-kawannya. aifaa terharu, aifaa bersyukur. tatkala Allah tarik seseorang yang disayanginya, Allah hadirkan orang yang lebih menyayangi malahan dalam bilangan yang lebih ramai. sesungguhnya Allah Maha Penyayang :)

aifaa kadang-kadang buntu sendiri. ya, aifaa tahu penantian ini sia-sia, ya aifaa tahu telah tiba saatnya untuk dia berhenti berharap, melepaskan semua impian yang pernah dahulu mekar.

aifaa menghela nafas. dia bangkit dan perlahan bergerak ke bilik mandi. membuka pili air dan seterusnya menyucikan diri dengan berwudhuk. sejadah dihujung katil dicapai dan dibentangkan, telekung dipakai rapi dan kemas. aifaa mahu berjumpa dengan penciptaNya, aifaa mahu mengadu dengan Dia. aifaa mahu menangis, aifaa mahu serahkan sekeping hatinya bulat untuk Allah. selama ini aifaa lalai, aifaa hanyut dalam lautan cinta dunia sehingga suatu masa aifaa lupa pada cinta Allah yang abadi. astaghfirullah...

aifaa tersentak dari lamunannya tatkala pintu biliknya diketuk. terbang semua ingatan masa lalu. tanpa sedar ada airmata mengalir dihujung matanya. tidak aifaa bukan sedih mengingatkan kenangan lalu tetapi airmata ini kerana penyesalan atas kelalaian dan lekanya dia terhadap cinta Allah yang abadi.  

aifaa cepat menyeka airmatanya.

" akak? mama tanya dah settle beli semua barang? " faris terjegul dimuka pintu. aifaa berfikir seketika. " ada sikit lagi tapi petang nanti akak keluar settlekan semua" jawab aifaa sambil memandang sekilas pada jam didinding. "okay akak! jangan banyak sangat termenung lalat senang masuk mulut nanti" faris sempat berseloroh dengan kakaknya. aifaa menjegilkan mata memandang faris sebelum adik bongsunya itu terkekek ketawa seraya menutup daun pintu.

aifaa tersenyum. dia kembali membuang pandang ke luar jendela. fikirannya baru memulakan semula pelayaran tatkala telefon bimbitnya berbunyi.

goodmorning :)

aifaa tersenyum. terasa debaran dihatinya. selepas membalas mesej itu aifaa mengambil diari kecil miliknya. diselak satu persatu helaian diari itu. 

No comments: