:D

Wednesday, December 7

airmata menitis lagi. perlahan-lahan aifaa menyeka airmata yang mula membasahi pipinya. entah bila tubir matanya digenangi air dia langsung tidak menyedarinya. ingatannya pada kenangan lalu menambahkan dalam pada luka yang sedia ada.

aifaa bingkas bangun dari duduknya. dia keluar ke bilik air untuk mengambil wudhuk. selepas mengenakan telekung dan membentangkan sejadah, aifaa menunaikan solat sunat. ingin memohon ketenangan dariNya, ingin melupakan segala kesedihan, kerana hanya dalam setiap sujud aifaa merasakan tenang, tenang meluahkan segalanya kepada Dia.

seusai solat sunat, aifaa mengambil al-quran diatas mejanya. ingin merawat hati dengan surat cinta Ilahi. aifaa membaca satu demi satu kalam Allah itu. namun airmatanya seakan terlalu murah. saat itu perasaannya menjadi berbaur. malu kerana membazirkan airmata untuk sesuatu yang tidak perlu ditangisi, malu kerana selama ini dia alpa dan leka dan dalam masa yang sama aifaa merasa berat bebanan dihatinya sehingga terasa benar-benar menyesakan. rintik airmatanya semakin deras namun aifaa tahu dia perlu kuat, perlu melawan kesedihan kerana manusia. aifaa teruskan membaca satu demi satu kalam Allah itu dengan airmata yang semakin deras. lawan aifaa, lawan!

farahin memulas tombol pintu. dia baru sahaja ingin menegur aifaa namun mendengarkan suara sayu itu farahin terdiam. dia tahu aifaa menangis lagi. dia tahu aifaa sedang berusaha untuk kuat. sepanjang menjadi rakan sebilik aifaa di kolej ini dia sangat mengenali aifaa. dan ini bukan kali pertama aifaa dipagut sedih bahkan mungkin ini yang paling teruk sekali. farahin menutup kembali daun pintu. " ya Allah, berikan kekuatan untuk sahabatku. sambutlah hatinya dengan cintaMu" bisik farahin menitipkan doa buat sahabatnya.

..............................................

heningnya suasana pada waktu itu. aifaa masih berteleku diatas tikar sejadahnya. sesungguhnya bukan mudah untuk aifaa mengusir kesedihan yang bermukim dihatinya. namun kerana kasih dan cintaNya, sedikit demi sedikit menyedarkan aifaa akan hakikat tiada cinta yang kekal melainkan cinta kepada Allah. keluarga yang tidak putus memberikan kasih sayang, rakan yang sentiasa mendoakan adalah titipan kasih Allah kepadanya, bukti utuh bahawa Allah tidak membiarkan dia keseorangan menghadapi kewalangan. Allah titipkan mama dan papa, adik-adik dan seluruh keluarga serta rakan-rakan yang membuatkan aifaa sedar kini ada lebih banyak insan yang menyayanginya jadi untuk apa dia meratapi seorang insan yang tidak menghargainya malahan menyakiti hatinya.

"ya Allah, berikanlah aku ketenangan jiwa, kelapangan dada dan fikiran. Kau tuntunlah hati ini kepadaMu, ya Allah, tuhan yang memegang hati-hati kami. aku serahkan sepenuh hatiku kepadaMu. Ya Allah, redhakan hati ini dengan ketentuanMu ya Allah"

No comments: